Monday, January 5, 2009

Hari Pertama Persekolahan Anak-anak

Bermula semalam (5 Januari 2009) persekolahan anak-anak kembali bermula. Sebagaimana biasa adalah menjadi rutin kepada teman dan suami untuk menghantar anak yang sulung (Muhammad Ruzaini) ke sekolah seperti biasa. Namun tidak menjadi masalah dalam mengejutkan along (panggilan kepada anak teman yang sulung) bangun pada hari yang pertama. Risau juga kerana along ni masa cuti sekolah time dia bangun adalah sekitar pukul 10.00 pagi. Tapi Alhamdulillah semalam dia begitu mudah dikejutkan, mungkin kerana excited hendak memulakan persekolahan pada hari pertama...(apa tidaknya baju, seluar, beg, stoking, semuanya baru) Tahun ini along melangkah ke darjah 5, jadi teman dan suami tidak mengambil cuti hanya menghantar dia ke depan sekolah sahaja.

Bagi anak teman yang ke dua pula, Nur Alisha Salsabila (angah) waktu persekolahannya adalah sebelah petang. Angah pula tidak perlu dihantar kerana ada van sekolah yang menghantarnya. Angah juga tidak menghadapi masalah kerana tahun ini dia telah memasuki darjah 3. Jadi agak mudah bagi teman dan suami.

Namun bagi mereka yang ada memiliki anak yang baru memulakan persekolahan dalam darjah 1 mungkin tidak semudah teman. Semestinya mereka terpaksa mengambil cuti 2 atau 3 hari... Macam teman dulu masa anak darjah satu, 3 hari ambil cuti untuk memastikan anak-anak biasa dengan keadaan di sekolah.

Jadi kepada ibubapa atau kawan-kawan yang ada anak yang baru masuk sekolah (Shahira dan Siti Zahira), tahniah diucapkan....

3 comments:

akatsuki said...

beta xda anak mcm mane nak tau...hahahaha...tapi insya'allah coming soon..hahahah..anyway tahniah thn nie bulan 4 dapat la yea sowang lagik.....

GELIgeli said...

tahniah juga dari teman..

duk jauh teringat anak-anak..mula masuk pra sekolah..

sueyaniemc said...

Kesiannn.... teringat anak... takpe mike berkhidmat untuk negara tu...