Sunday, December 21, 2008

Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu

Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu akan diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail (Timbalan Menteri Pelajaran) pada 28 November yang lalu.SPR telah menetapkan 6 Januari 2009 untuk penamaan calon manakala 17 Januari 2009 ditetapkan untuk hari pengundian.

Barisan Nasional telah menamakan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (Timbalan Menteri Dalam Negeri) sebagai calon untuk bertanding di kawasan tersebut. Apapun PAS masih belum mengemukakan calonnya.

Bagi anggota Penerangan yang ditugaskan untuk membantu dalam Pilihan Raya Kecil ini, selamat bertugas diucapkan kepada semua. Semoga BN dapat mengekalkan kemenangan di kawasan Parlimen Kuala Terengganu...

Dah selesai tugas nanti, boleh ler beli baju batik kat Terengganu, kualiti cantik harga pun berpatutan...

Selamat Pengantin Baru

Bulan Disember musim orang buat kenduri kahwin. Kat Penerangan juga ada kawan-kawan yang dapat menantu dan bakal menerima menantu. Antaranya Encik Kamarudin Ismail (Ketua Unit Teknikal) dan juga Encik Mohd Alias Mohd Yusof(Ketua Kerani). Bekas anggota Penerangan juga tidak lupa megundang... Antaranya Tuan Syed Zubin Syed Idris dan juga Encik Yeop Razali bin Mokhtar. Bagi anggota baru mungkin tidak mengenali mereka, tapi bagi anggota lama pasti mengenali 2 orang Juru Audio Visual Jabatan Penerangan yang cukup berpengalaman ini...

Apapun tahniah kepada mereka kerana menerima orang baru dalam keluarga. Semoga semua pasangan pengantin baru ini akan mendapat kebahagiaan selama-lamanya (bukan sehingga anak cucu sahaja).....