Sunday, January 11, 2009

Israel Terus Mengganas

Gaza masih lagi diserang oleh tentera Israel dan yang terkini dengan serangan peluru kimia (peluru fosforus yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa) . Penduduk Gaza,semakin hari semakin banyak yang terkorban dan tercedera... Melihat laporan melalui media massa terasa insaf kepada apa yang terpaksa dilalui oleh penduduk Islam di sana terutama kanak-kanak dan wanita... Melihat nyawa2 orang Islam yang tidak berdosa terkorban timbul rasa geram dan marah yang meluap2 terhadap Israel..... Seolah2 mereka menjadikan Hamas sebagai satu alasan untuk menghapuskan penduduk Islam di sana... Semoga kekejaman mereka mendapat balasan dari ALLAH..... Kepada rakyat Malaysia, bersyukur kita dapat hidup aman dan harmoni di bumi bertuah ini.

Monday, January 5, 2009

Hari Pertama Persekolahan Anak-anak

Bermula semalam (5 Januari 2009) persekolahan anak-anak kembali bermula. Sebagaimana biasa adalah menjadi rutin kepada teman dan suami untuk menghantar anak yang sulung (Muhammad Ruzaini) ke sekolah seperti biasa. Namun tidak menjadi masalah dalam mengejutkan along (panggilan kepada anak teman yang sulung) bangun pada hari yang pertama. Risau juga kerana along ni masa cuti sekolah time dia bangun adalah sekitar pukul 10.00 pagi. Tapi Alhamdulillah semalam dia begitu mudah dikejutkan, mungkin kerana excited hendak memulakan persekolahan pada hari pertama...(apa tidaknya baju, seluar, beg, stoking, semuanya baru) Tahun ini along melangkah ke darjah 5, jadi teman dan suami tidak mengambil cuti hanya menghantar dia ke depan sekolah sahaja.

Bagi anak teman yang ke dua pula, Nur Alisha Salsabila (angah) waktu persekolahannya adalah sebelah petang. Angah pula tidak perlu dihantar kerana ada van sekolah yang menghantarnya. Angah juga tidak menghadapi masalah kerana tahun ini dia telah memasuki darjah 3. Jadi agak mudah bagi teman dan suami.

Namun bagi mereka yang ada memiliki anak yang baru memulakan persekolahan dalam darjah 1 mungkin tidak semudah teman. Semestinya mereka terpaksa mengambil cuti 2 atau 3 hari... Macam teman dulu masa anak darjah satu, 3 hari ambil cuti untuk memastikan anak-anak biasa dengan keadaan di sekolah.

Jadi kepada ibubapa atau kawan-kawan yang ada anak yang baru masuk sekolah (Shahira dan Siti Zahira), tahniah diucapkan....

Happy New Year 2009

Tahun 2008 berlalu pergi... Menyusul Tahun 2009 kini. Apa yang diharapkan Tahun Baru 2009 akan membawa lebih peningkatan kepada semua. Tidak kira peningkatan dari sudut ape : sama ada peningkatan kerja (naik pangkat), peningkatan jumlah ahli keluarga (macam teman), penambahan harta (kereta baru)dan lain-lain.

Kepada semua kawan-kawan :Teman ucapkan Happy New Year 2009, semoga pencapaian pada Tahun 2009 akan lebih baik dari Tahun 2008.