Sunday, December 21, 2008

Selamat Pengantin Baru

Bulan Disember musim orang buat kenduri kahwin. Kat Penerangan juga ada kawan-kawan yang dapat menantu dan bakal menerima menantu. Antaranya Encik Kamarudin Ismail (Ketua Unit Teknikal) dan juga Encik Mohd Alias Mohd Yusof(Ketua Kerani). Bekas anggota Penerangan juga tidak lupa megundang... Antaranya Tuan Syed Zubin Syed Idris dan juga Encik Yeop Razali bin Mokhtar. Bagi anggota baru mungkin tidak mengenali mereka, tapi bagi anggota lama pasti mengenali 2 orang Juru Audio Visual Jabatan Penerangan yang cukup berpengalaman ini...

Apapun tahniah kepada mereka kerana menerima orang baru dalam keluarga. Semoga semua pasangan pengantin baru ini akan mendapat kebahagiaan selama-lamanya (bukan sehingga anak cucu sahaja).....

1 comment:

Tenang said...

Tenang pun tumpang ucap tahniah kepada kawan-kawan yang dapat menantu. Tahniah juga kepada kawan-kawan yang gigih berusaha untuk membesarkan jumlah keluarga. Tahniah...tahniah...tahniah....